GAMAT EMAS

Kedai BeliLagi » Gamat Emas

BeliLagi.ComKedai BeliLagiKatalog ProdukProduk PILIHANArtikelSitemapF.A.Q.

Kategori Gamat Emas



Gamat atau Timun laut merupakan sejenis haiwan invertebrata (tanpa tulang belakang) laut yang meraih populariti dewasa ini disebabkan khasiat dan nilai terapeutiknya yang mengkagumkan. Malah, kuasa penyembuhannya telah diagungkan dan dimanfaatkan oleh nenek moyang kita sejak lebih 300 tahun dahulu. Tergolong di dalam filum Ekinodermata, spesis timun laut yang didapati berkesan dari segi nilai perubatannya adalah daripada genus sticophus atau lebih dikenali sebagai gamat. Nama lainnya mengikut panggilan setempat termasuklah balat, bat, brunok, trepang atau hoi-sum. Hampir.42 spesis timun laut telah dikenalpasti di perairan Malavsia sementara lebih dari 2,000 spesis wujud di serata dunia.

Umumnya haiwan ini berbentuk silinder, leper pada bahagian dorso-ventral dan mempunyai bukaan di bahagian anterior dan poterior. Pembiakan boleh secara seksual atau aseksual. lanya adalah haiwan detritus iaitu makan secara menyapu pasir ke dalam mulut. Pergerakan haiwan yang lambat menyebabkan ianya perlu mempunyai mekanisme pertahanan tubuh yang efisyen iaitu mengeluarkan holothurin yang toksik dan dapat melumpuhkan haiwan kecil. Holothurin dikeluarkan oleh kelenjar khusus yang dikenali sebagai kuvier. Sebatian ini telah dicamkan seawal tahun dua puluhan dan hanya diberi penekanan yang intensif pada tahun 1950an. Saponin adalah holothurin yang utama yang dipercayai berkesan dalam penyembuhan luka, rawatan selepas bersalin dan sebagai antifungus.

Kajian timun laut tempatan hanya bermula pada awal 1980an di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Sabah. Kemudian muncul beberapa kumpulan . penyelidik lain misalnya dari Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Kumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga kini begitu tekun menjalankan ujikaji untuk mengenalpasti bahan-bahan bioaktif didalam gamat untuk mengesahkan keberkesanannya. Kumpulan yarg terdiri lebih daripada 20 orang ahli akademik ini diterajui oleh Prof. Dr. Ridzwan Hashim.

Analisa ke atas tubuh dan cecair selom gamat mendapati yang ianya tinggi dengan kandungan protein yang melebihi 44%, manakala karbohidrat antara 3-5% dan lemak sebanyak 1.5%. Komponen komponennya termasuklah asid amino esential, kolagen, vitamin E, zat-zat galian seperti kromium, ferum, kadmium, mangan, nikel, kabalt dan zink. Kandungan asid lemak mustahak seperti EPA (asid omega eikosapentaenoik) dan DHA (asid omega dekosaheksaenoik) turut memainkan peranan penting sebagai agen penyembuh luka dan antithrombotik iaitu berupaya mengurangkan kejadian pembekuan darah di dalam saluran darah. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit strok dan sakit jantung. Kedua-dua asid ini dipercayai juga membantu memperlahankan proses degenerasi sel di samping melambatkan proses penuaan. Bahan bioaktif di dalam gamat turut berkesan sebagai. antioksidan yang membantu mengurangkan kerosakan sel dan tisu tubuh. la juga penting uniuk menjamin kesuburan badan. Kesan anti-bakteria dan anti-fungus meningkatkan kemampuannya untuk tujuan rawatan kulit. Gamat juga didapati mempunyai kesan antinosiseptif (penahan sakit) dan anti-inflamasi (lawan radang dan surut bengkak). Kajian pemerhatian terhadap penduduk di Kudat, Semporna, Setiu, Kuantan, Pekan dan Pulau Pangkor menguatkan lagi bukti keberkesanan gamat sebagai agen anti-hipertensi (mengurangkan tekanan darah tinggi). Sementara kajian-kajian lain turut menunjukkan kesan positif gamat terhadap sistem kardiovaskular dan kontraktiliti otot jantung. Sejak kebelakangan ini pula, kajian-kajian di luar negara turut menyerlahkan potensi gamat sebagai anti-tumor dan memberi kesan positif terhadap penyakit AIDS.

Secara tradisional pula, gamat dipercayai berkesan untuk meningkatkan kesihatan badan, mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman, mengurangkan rasa sakit sendi, badan dan lengoh otot, menghindari masalah alahan dan lelah, melawan radang dan meredakan bengkak, melancarkan pengaliran darah, memulihkan sistem peranakan selepas bersalin, mencantikkan kulit dan awet muda, meningkatkan metabolisma dan membantu masalah keletihan, menghindari sembelit dan masalah buasir, menguatkan tenaga batin, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengawal kencing manis. Menyedari hakikat gamat memiliki khasiat keberkesanan yang tinggi sehingga boleh menandingi akar ginseng, kami di GESB memformulasikan produk-produk gamat di bawah pengawasan pakar bagi kegunaan harian dan kesihatan dengan jenama eMAS khusus untuk anda!


Pertanyaan?



Y!ID saya alhafiz3d .
Email saya belilagi[at]gmail.com sekiranya saya tidak online.


SMS Enquiry / Pembelian ke
0123080375




Katalog Gamat Emas


Pati Gamat Plus Vita Pati Gamat Plus Vita Hits 534
Pati Gamat Tulen, Pati Oren, Beta-Karotin, Vitamin B1 & B6, Fruktosa dan Air Nyah-Ion. Diperkaya dengan Beta-Karotin (Pro-Vitamin A) dan berperisa oren. Dihasilkan dari ekstrak gamat yang kaya dengan protein, mukopolisakarida dan garam galian. Lihat Produk...
Lenesse Krim Kurus Lenesse Krim Kurus Hits 394
Gel pelangsingan badan ini berfungsi untuk memecahkan lemak, mengempiskan perut buncit, mengurangkan kerengsaan kulit dan membasmi selulit secara efektif. Menerusi teknologi transdermal liposome yang memudahkan penyerapan ke lapisan lemak di bawah kulit, Linesse melancarkan pengaliran darah serta membersihkan sisa toksik yang terkumpul di bahagian kulit. Lihat Produk...
Bioseed Bioseed Hits 376
Bioseed merupakan sejenis minuman serat berkhasiat yang membantu menjaga kesihatan sistem penghadaman dengan sempurna. Ia mengandungi Plantago Ovata yang berkesan untuk membersihkan usus dari sisa toksin yang terkumpul supaya ia tidak diserap semula ke dalam badan. Ia juga membantu mengawal kolesterol dan mengimbangi paras gula dalam darah. Lihat Produk...
Bio-b Plus Bio-b Plus Hits 362
Bio-B sudahpun terbukti membantu ke arah minda yang cerdas dan tumbesaran yang sihat bagi kanak-kanak. Kini Bio-B sedang merintis satu reformasi, yang menyaksikan peningkatan terhadap kualiti dan kuantiti produk ini. Dikenali sebagai Bio-B plus, produk ini diformulasikan dengan beberapa ramuan istimewa yang berupaya menyerlahkannya sebagai pilihan makanan tambahan terbaik khusus bagi kanak-kanak di abad ke-21 ini. Lihat Produk...
C3 Spirulina C3 Spirulina Hits 344
Mengandungi adunan unik zat nutrisi dengan faktor pelindung yang mampu membantu meningkatkan tahap kesihatan anda. Ia membersih, menstabil dan menyihatkan keseluruhan tubuh badan. Mengandungi Vitamin C, Koenzim Q10 dan Klorofil, menjadikan ia unggul dan lengkap. Memiliki kadar penyerapan yang tinggi sesuai untuk keperluan pemakanan kesihatan anda. Lihat Produk...
G-Cafe Original, Ubi Jaga dan Pegaga G-Cafe Original, Ubi Jaga dan Pegaga Hits 317
Diperbuat dari biji kopi Arabica yang segar dan bermutu tinggi diadun dengan ekstrak gamat dan ubi jaga. Minuman kesihatan yang enak dan berkhasiat ini membantu meningkatkan tenaga di samping melancarkan pengaliran darah untuk memberi kesegaran kepada minda dan tubuh badan. Lihat Produk...
Bio-H Bio-H Hits 304
Semenjak saya menggunakan Bio-H, saya sentiasa ceria dan bertenaga walaupun usia saya sudah 70 tahun, sebelum ini saya selalu mengalami sakit sendi di bahagian kaki serta sukar tidur di waktu malam. Lihat Produk...
Bioseed Plus Life Enzyme Bioseed Plus Life Enzyme Hits 303
Satu formulasi asal Bioseed yang dimantapkan dengan tambahan Digeseb Super Enzim yang mengandungi enzim penghadaman penting seperti Amilase, Protease I, Protease II, Protease III, Lipase, Lactase, Cellulase, Maltase, Sucrase, Bromelain dan Peptyzime SP. Lihat Produk...
Pati Gamat Plus Pati Gamat Plus Hits 299
Diperbuat daripada ekstrak gamat yang diproses secara saintifik. Mengandungi formula semulajadi tanpa bahan kimia yang berbahaya dan kaya dengan peptida kompleks, mukopolisakarida, vitamin, zat galian dan asid amino bebas. Lihat Produk...
Kurus Dengan BeauTreme Kurus Dengan BeauTreme Hits 289
Diformulasi untuk membantu pembakaran lemak secara efektif. Mengurangkan penyimpanan lemak. Mengurangkan selera makan. Diperkaya dengan serat yang merangsang pergerakan usus untuk mengeluarkan bahan sampingan pembakaran lemak. Kandungan multivitamin dan garam galian memastikan keperluan badan bagi zat nutrisi semasa program melangsingkan badan tidak diabaikan. Lihat Produk...

Top

Pengiklanan

BeliLagi.Com | Kedai BeliLagi | Katalog Produk | Produk PILIHAN | Affiliate | Artikel | Sitemap

( 10 ) Hakcipta Terpelihara 2007 - 2010 BeliLagi.Com. Rekabentuk dan sistem website oleh Golden Design Technology.
BeliLagi.Com, Golden Design Technology, Peti Surat 2, 47000, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.