Info Tambahan
Pada zaman moden yang serba mencabar ini, segalanya amat kompetitif. Anda pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak anda. Sebagai ibubapa, anda boleh membantu mereka menjana kesihatan dan prestasi akademik melalui pemakanan tambahan yang sempurna. Hal ini penting, kerana badan yang sihat akan melahirkan minda yang cerdas seterusnya akan memastikan pula prestasi akademik yang cemerlang di kalangan anak anda.
Di samping DHA (asid dokosaheksanoik) yang membantu tumbesaran otak, lysine (memulihkan selera kanak-kanak yang memerlukannya), ekstrak Gamat, multivitamin dan mineral yang memenuhi keperluan nutrien seimbang bagi tumbesaran yang sihat, Bio-B plus kini di formulasikan dengan penambahan Kolostrum, Ekstrak Bilberi dan Alamin. Ramuan istimewa ini dapat meningkatkan lagi keberkesanan khasiat Bio-B plus dengan lebih mantap bagi memastikan kesihatan dan kecerdasan anak anda terjaga.
Kami yakin dengan penambahan ketiga-tiga komponen di atas yang menjadikan berat sachet Bio-B meningkat dari 5 gram kepada 10 gram, ibubapa yang inginkan sumber pemakanan kesihatan yang lengkap bagi anak mereka akan mendapat ganjaran yang terbaik bagi nilai wang mereka. Berilah anak anda segala khasiat Bio-B plus hari ini. Mereka pasti tertawan dengan rasa dan aroma coklat yang lazat menambat selera. Sesungguhnya, formulasi mantap ini secara tidak langsung akan membantu tunas generasi masa hadapan kita membesar dengan cerdas, sihat dan ceria sentiasa. Bio-B plus, satu lagi produk bermutu dan inovatif dari GESB. Nantikan kehadirannya di pasaran!.
Testimoni
Areen Natasha Azmi
Alamat : Taman Sri Gombak
Produk yang digunakan : Bio-B plus, C3 Spirulina, PGPV dan G-Café.
Hasil pemakanan rangkaian produk GESB khususnya Bio-B plus memberi perubahan dalam kehidupan gadis kecil berusia 10 tahun iaitu Areen Natasha Azmi yang kini lebih petah bercakap dan mudah menghafal apa sahaja yang dipelajarinya berbanding satu ketika dahulu. Malah, Areen juga kini lebih aktif dalam melakukan apa jua aktiviti ko-kurikulum.
“Sebelum Areen memakan produk Gamat ini, Areen rasa susah hendak menghafal, malas nak tolong ibu, tak suka membaca dan selalu berasa malu. Selepas Areen makan produk Gamat ini, Areen kini lebih mudah menghafal dan semakin rajin menolong ibu. Areen makan Bio-B plus, satu paket setiap hari. Kepada kawan-kawan... janganlah takut untuk makan Bio-B plus ini, rasanya sedap macam coklat. Areen juga minum C3 Spirulina, PGPV dan G-Café setiap hari”.
SMS Enquiry / Pembelian ke
0123080375